Dialog AI Antara Kerajaan China-AS Diadakan di Geneva

2024-05-15 14:51:23  CRI
Share with:

Sesi pertama Dialog Kecerdasan Buatan (AI) Antara Kerajaan China-Amerika Syarikat (AS) telah diadakan di Geneva, Switzerland pada Selasa.


Kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan mendalam tentang topik-topik seperti risiko sains dan teknologi di sebalik AI dan tadbir urusnya di peringkat global, serta isu-isu lain yang menjadi perhatian masing-masing.


Wakil China menyatakan, China menyokong pengukuhan tadbir urus global AI, menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan sebagai saluran utama, dan bersedia untuk meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan masyarakat antarabangsa, termasuk AS, untuk membentuk kerangka dan piawaian tadbir urus AI di peringkat global yang dipersetujui umum. 


Sementara itu, China telah menjelaskan pendiriannya mengenai tindakan AS yang menyekat dan mengekang China dalam bidang AI.


Kedua-dua pihak mengakui bahawa perkembangan teknologi AI menghadapi peluang dan risiko pada masa sama, di samping mengulangi komitmen untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin tertinggi kedua-dua negara di San Francisco.