Pelancong Asing Naik Kapal Persiaran ke China akan Dikecualikan Visa

2024-05-15 12:24:29  CRI
Share with:

Jabatan Pentadbiran Imigresen Negara China (NIA) pada Rabu mengumumkan dasar pengecualian visa bagi kumpulan pelancong asing yang tiba di negara ini dengan menaiki kapal persiaran, dan dasar itu akan berkuatkuasa serta merta.


Kumpulan pelancong asing, lebih daripada dua individu, boleh memasuki China tanpa visa, melalui pelabuhan kapal persiaran di 13 bandar iaitu Tianjin, Dalian, Shanghai, Lianyungang, Wenzhou, Zhoushan, Xiamen, Qingdao, Guangzhou, Shenzhen, Beihai, Haikou, dan Sanya, dan boleh berada di negara ini tidak melebihi 15 hari. 


Pada masa yang sama, pelabuhan kapal persiaran di tujuh bandar ditambah menjadi pelabuhan bagi pelaksanaan dasar pengecualian visa untuk kapal persiaran, iaitu Dalian, Lianyungang, Wenzhou, Zhoushan, Guangzhou, Shenzhen, dan Beihai.