China Bantah Keras Peningkatan Tarif oleh AS

2024-05-15 12:22:20  CRI
Share with:

Pihak Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan untuk meningkatkan tarif seksyen 301 terhadap China telah melanggar komitmen Presiden Joe Biden, iaitu "tidak mengejar untuk menyekat pembangunan China", "tidak cantas hubungan dengan China" serta konsensus yang dicapai oleh pemimpin tertinggi kedua-dua negara. Tindakan AS itu akan menjejaskan suasana kerjasama kedua-dua negara. 


Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China mutakhir ini. 


AS mengumumkan keputusan tentang semakan semula terhadap peningkatan tarif seksyen 301 terhadap China pada Selasa. Mengikut keputusan tersebut, negara itu akan meningkatkan lagi tarif terhadap kenderaan elektrik, bateri litium, bateri fotovoltaik, produk perlombongan utama, semikonduktor, keluli dan aluminum, kren pelabuhan, barang pelindung peribadi dan lain-lain, berdasarkan tarif seksyen 301 terhadap China yang sedia ada.


Jurucakap Kementerian Perdagangan China menggesa AS supaya membetulkan kesalahan dan menarik balik keputusan tersebut. 


Sementara itu, menurut jurucakap itu, China akan mengambil tindakan tegas untuk mempertahankan kepentingan diri.