CCG Beri Amaran kepada Kapal Filipina yang Masuk Perairan Sekitar Pulau Huangyan Secara Haram
2024-05-15 21:24:16 CRI
Pasukan Pengawal Pantai China (CCG) menjalankan operasi penguatkuasaan rutin di perairan sekitar Pulau Huangyan pada 15 Mei.
Kapal-kapal Filipina tidak mempedulikan nasihat dan amaran pihak China, menceroboh masuk kawasan perairan negara ini secara haram.
CCG menyatakan bahawa tindakan pihak Filipina tersebut mencabuli kedaulatan China, melanggar undang-undang antarabangsa serta norma asas hubungan antarabangsa.
Oleh itu, CCG menuntut pihak Filipina menghentikan tindakan pencerobohan seumpama dengan serta merta.