Kapal Pengangkut LNG Terbesar China Diserah kepada Pelanggan

2024-05-15 14:49:34  CRI
Share with:

Kapal pengangkut gas asli cecair (LNG), Greenergy Ocean diserahkan kepada pelanggan di pulau Changxing, bandar Shanghai pada Rabu.


Kapal milik Syarikat Minyak Pesisir Nasional China (CNOOC) itu juga kapal pengangkut LNG terbesar di negara ini.


Greenergy Ocean, yang panjangnya 299 meter dan lebarnya 46.4 meter boleh membawa 174,000 meter padu LNG yang boleh memenuhi permintaan tujuh juta isi rumah untuk sebulan.