8 Maut Kemalangan Trafik di Florida

2024-05-15 11:21:49  CRI
Share with:


Menurut laporan Associated Press (AP), sebuah bas yang membawa 53 penumpang bertembung dengan sebuah trak pikap dan terbalik, mengorbankan lapan orang di Florida, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.


Pemandu trak pikap terlibat ditahan pasukan peronda lebuh raya tempatan atas dakwaan "memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian".