Q&A tentang LCS: Siapa Dalang Isu Terumbu Ren'ai?
Sejak kebelakangan ini, Filipina sering mencetuskan huru-hara di Laut China Selatan (LCS) dengan melakukan provokasi di Terumbu Ren'ai, Kepulauan Nansha milik China serta terus-menerus menyebarkan maklumat palsu.
Tindakan Filipina itu mendapat sokongan daripada Amerika Syarikat (AS) yang juga melontarkan tohmahan menyasar China.
Melalui persubahatan sedemikian, Filipina dan AS ternyata mempunyai agenda masing-masing.
Filipina ingin mengaut kepentingan di LCS dengan sokongan AS, manakala AS berniat melagakan hubungan China dan negara serantau dengan mencanangkan isu LCS demi tujuan geopolitiknya iaitu mengekang China.
Tindakan dua negara yang bermotif jahat itu membawa ancaman kepada kedamaian dan pembangunan serantau.
Selain menghasut Filipina membaiki dan mengukuhkan kapal perang yang ditempatkannya secara haram di Terumbu Ren'ai, AS juga mengerahkan jet pejuang dan kapal perang ke lokasi sebagai sokongan terhadap negara itu.
Malahan AS sering menggunakan perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina untuk mengugut China, yang turut memberani-beranikan Manila membuat kacau-bilau di LCS.
Boleh dikatakan, pertikaian antara China dan Filipina berkaitan Terumbu Ren'ai berlaku tatkala AS giat melobi Filipina dalam percubaan mendorong strategi Indo-Pasifik untuk mengekang China.
Berada di lokasi penting 'first island chain', jarak tegak lurus di antara Filipina dan wilayah Taiwan China hanya kira-kira 200 kilometer.
Selain iu, wujudnya pertikaian antara Filipina dengan China berhubung hak kedaulatan pulau di LCS.
Faktor tersebut menjadikan Filipina mempunyai 'nilai strategik' yang istimewa di mata AS.
Terumbu Ren'ai merupakan sebahagian daripada Kepulauan Nansha China. Ia satu fakta yang mustahil diubah ekoran tindakan provokasi Filipina ataupun ditutup gara-gara amalan manipulasi AS.
LCS bukan 'taman buru' bagi negara luar rantau, dan ia tidak patut menjadi 'medan perlawanan' antara kuasa besar.
China dan negara-negara ASEAN harus proaktif mendorong rundingan mengenai Kod Tatalaku (CoC) di LCS, dan tegas menentang campur tangan kuasa dari luar rantau.
Justeru, hak menerajui usaha menangani isu LCS mesti di tangan negara serantau.