Jepun akan Mulakan Pelepasan Air Sisa Radioaktif Pusingan Ke-6
2024-05-16 10:39:30 CRI
Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo Jepun (TEPCO) mengumumkan pada Rabu bahawa pelepasan air sisa radioaktif dari loji Fukushima pusingan ke-6 akan dimulakan pada Jumaat dan berlangsung hingga 4 Jun. Sebanyak kira-kira 7,800 tan air sisa akan dilepaskan ke laut.
Menurut pengumuman TEPCO pada Januari lalu, sebanyak kira-kira 54,600 tan air sisa akan dilepaskan ke laut dalam tujuh kali pada tahun fiskal 2024.