Sekurang-kurangnya 39 Maut Pengeboman Israel
2024-05-17 13:12:38 CRI
Tentera Israel melancarkan pengeboman ke atas beberapa kawasan di utara Gaza pada Khamis, menyebabkan sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh, termasuk seorang wartawan dan sekurang-kurangnya 10 kanak-kanak, lapor Agensi Berita Palestin.
Menurut data statistik yang diumumkan jabatan kesihatan Palestin di Gaza, sejak konflik Israel-Palestin tercetus pada Oktober lepas, operasi ketenteraan Israel di Genting Gaza telah meragut 35,200 nyawa rakyat Palestin, manakala lebih 79,000 lagi cedera.

