China Promosi Perkhidmatan Pelayaran 5G Rentas Rangkaian

2024-05-17 13:09:13  CRI
Share with:

Empat pengendali telekomunikasi gergasi dari China iaitu China Telecom, China Mobile, China Unicom, dan China Broadnet bersama-sama mengumumkan pelancaran promosi perkhidmatan pelayaran 5G rentas rangkaian untuk kegunaan komersial pada Jumaat. 


Projek itu dilancarkan sempena Persidangan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Maklumat Dunia 2024 (WTISD) di bandar Ningbo, provinsi Zhejiang.


Pelayaran 5G rentas rangkaian bermaksud apabila pengguna pengendali telekomunikasi tertentu tidak boleh akses kepada rangkaian 5G di kawasan tertentu, maka pengguna itu boleh tersambung kepada rangkaian 5G pengendali lain untuk terus menggunakan 5G.


Perkhidmatan ini amat penting untuk meningkatkan tahap penembusan Internet khusus di kawasan terpencil dan kawasan luar bandar.