Pergaulan Baik China, Rusia Menjadi Teladan Dunia

2024-05-18 16:05:26  CRI
Share with:

Upacara perasmian Tahun Budaya China-Rusia dan konsert khas bagi meraikan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik kedua-dua negara berlangsung di Beijing pada 16 Mei.

Persembahan kebudayaan yang gemilang itu sekali gus memperlihatkan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara.


Hubungan antara China dan Rusia adalah unik. Kedua-dua negara berpegang teguh kepada prinsip tidak bersekutu, tidak berkonfrontasi dan tidak menyasarkan pihak ketiga, dan melampau persekutuan ketenteraan dan politik semasa Perang Dingin.


Hubungan antara China dan Rusia telah menjadi teladan bagi hubungan antarabangsa, sekali gus memberikan faktor kestabilan kepada dunia yang bergelut dengan perubahan dan pergolakan.   


Presiden Xi menyatakan bahawa kunci bagi hubungan baik China-Rusia adalah kedua-dua negara wujud bersama secara aman, saling menghormati, sama rata dan saling percayai, mengambil kira kebimbangan masing-masing, dan memberi sokongan kepada pembangunan kedua-dua negara.


Hubungan mantap China-Rusia ditakrifkan sebagai pergaulan baik antara negara besar dan amat bermakna bagi dunia yang berdepan perubahan ketika ini.


Keunikan dan taraf tinggi hubungan China-Rusia terutamanya dicerminkan dalam asas kukuh kesalingpercayaan politik. Presiden Putin menegaskan bahawa "pembangunan China tidak dapat dihalang, dan tiada kuasa yang mampu membendung pembangunan dan kemajuan China".


Kerjasama ekonomi dan perdagangan antara China dan Rusia semakin diperkukuh. Pada tahun 2023, jumlah dagangan dua hala melebihi USD240 bilion, dan China kekal sebagai rakan dagang terbesar Rusia selama 14 tahun berturut-turut. 


Ramai keluarga China menggunakan gas asli Rusia, manakala kereta dan peralatan elektronik China sangat popular di pasaran Rusia. Menurut analisis, China dan Rusia mempunyai ruang yang lebih luas untuk bekerjasama dalam industri baru muncul seperti inovasi sains dan teknologi, e-dagang rentas sempadan, dan pembuatan kereta, yang ia akan memberikan momentum yang kuat kepada pembangunan kedua-dua negara.


Tahun ini, Rusia memegang jawatan pengerusi negara-negara BRICS, dan China akan mengambil alih jawatan pengerusi Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO). Kedua-dua pihak telah menyatakan sokongan untuk jawatan pengerusi masing-masing. 


Penganalisis menegaskan bahawa penyelarasan rapat antara China dan Rusia adalah kondusif untuk menyekat tindakan hegemoni kuasa Barat.


Ia juga akan menggalakkan pembangunan dan pertumbuhan negara Selatan Global, dan amat penting untuk meningkatkan tadbir urus global dan melindungi keamanan dan pembangunan dunia.