China Janji Bantu Operasi SAR Helikopter Dinaiki Presiden Iran

2024-05-20 11:13:17  CRI
Share with:

Beijing akan menghulurkan sokongan dan bantuan yang diperlukan Iran untuk operasi mencari helikopter dinaiki Presiden negara itu Ebrahim Raisi.

 

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China menerusi kenyataan meluahkan rasa bimbang terhadap insiden sebuah helikopter yang membawa Presiden Raisi membuat 'pendaratan keras' dan mendoakan keselamatan Presiden serta kru lain.

 

Menurut jurucakap itu, China mengikuti rapat perkembangan insiden berkenaan dan bersedia memberikan bantuan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).