'Tangan Bionik Pintar' Buat Debut di Hangzhou
Satu majlis pertunjukan tentang Tangan Bionik Pintar telah diadakan di "Pekan Kecerdasan Buatan AI" di Kota Sains Teknologi Masa Depan di bandar Hangzou provinsi Zhejiang baru-baru ini.
Tangan bionik pintar yang direka bentuk berdasarkan sistem interaksi Brain-Machine Interface (BMI) atau Brain Computer Interface (BCI) itu, mampu mengendalikan pergerakan setiap jari pintar melalui electromyography (EMG), yang turut dapat dikuasai si pengguna dengan sesuka hati.
Tangan bionik pintar jenis itu bukan sahaja berperanan memudahkan si pengguna dalam menjalani kehidupan harian, malah membantu mereka memulihkan kemampuan untuk menjalankan tugasan kerja.