PM Slovakia Keluar dari Bahaya Ancam Nyawa

2024-05-20 13:55:37  CRI
Share with:

Perdana Menteri Slovakia Robert Fico kini telah keluar daripada keadaan bahaya yang mengancam nyawa, menurut pihak hospital pada Ahad.


Fico dikejarkan ke Hospital Universiti Roosevelt dengan helikopter dan menjalani dua kali pembedahan di hospital itu selepas terkena tembakan di bandar Handlova, tengah Slovakia pada Rabu lalu.


Suspek, seorang lelaki berusia 71 tahun, dilaporkan sudah ditahan pihak polis dan berdepan pertuduhan 'cuba membunuh'.