Forum Air Dunia ke-10 Buka Tirai di Bali

2024-05-20 14:26:26  CRI
Share with:

Forum Air Dunia (WWF) edisi ke-10 membuka tirainya di Pulau Bali, Indonesia pada Isnin.


Ini menandakan kali pertama acara berprestij itu diadakan di negara Asia Tenggara.


Dianjurkan setiap tiga tahun sejak 1997 oleh Majlis Air Dunia (WWC) bersama negara tuan rumah, WWF merupakan acara antarabangsa berkaitan pengurusan air yang terbesar di dunia.