Teh, Produk Ikon Perdagangan Luar China Sejak Zaman Purba
Kebudayaan teh yang berasal dari China sudah menjadi popular di seluruh dunia pada masa ini.
Teh Cina beransur-ansur menjadi salah satu elemen dalam hidup harian rakyat di pelbagai negara dalam tempoh lebih seribu tahun yang lalu, dan dilihat sebagai "kad nama negara" yang berunsurkan sejarah dan kebudayaan China.
Sebagai sejenis barang utama dalam perdagangan di sepanjang Jalan Sutera dan Jalan Daun Teh Purbakala yang menuju ke Asia Selatan dan Asia Tenggara, teh Cina yang seni minumnya semakin pelbagai berperanan membantu menggalakkan interaksi serantau dalam bidang ekonomi dan kebudayaan.
Seiring dengan peningkatan pengaruhnya, teh Cina telah diiktiraf sebagai minuman yang sihat di semakin banyak tempat di seluruh dunia.