Duta China Gesa Israel Henti Operasi di Rafah

2024-05-21 15:08:48  CRI
Share with:

Israel digesa supaya memberhentikan operasi ketenteraan di Rafah dengan serta-merta.


Gesaan itu dibuat Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong dalam mesyuarat sementara Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung situasi Rafah pada Isnin.


Fu berkata China menyokong UNSC mengambil tindakan lanjut untuk memastikan resolusi 2728 UNSC dilaksanakan.


Di samping itu, Amerika Syarikat (AS) diharap berpegang kepada pendirian yang adil dan memainkan peranan dalam mendorong gencatan senjata diwujudkan.