1,658 Produk Terkini Dipromosikan pada Persidangan China (Guangxi)-ASEAN mengenai Sayur-sayuran Spesies Baharu 2024
Persidangan China (Guangxi)-ASEAN mengenai Sayur-sayuran Species Baharu 2024 dan Persidangan Jagung Segar China (Nanning) ke-8 mula dirasmikan di bandar Nanning, wilayah Guangxi pada Isnin, dan turut diserikan dengan kehadiran 123 institusi penyelidikan saintifik dan perusahaan di seluruh negara China yang membawakan sebanyak 1,658 produk terkini (termasuk 47 jenis premium dari luar negeri).
Difahamkan, persidangan yang bertemakan 'mempromosikan spesies baharu dan mempelbagaikan jenis sayur-sayuran untuk masakan harian' itu akan berlangsung hingga 10 Jun.
Lokasi geografi yang bersempadan dengan negara-negara ASEAN, pelaksanaan dasar pintu terbuka dan peningkatan penyelarasan dalam penggunaan pasaran domestik serta pasaran antarabangsa merupakan antara faktor-faktor yang menjadikan pertukaran dan kerjasama antara wilayah Guangxi dengan negara-negara ASEAN semakin rancak dalam industri benih pada tahun-tahun kebelakangan ini.
Beroperasinya sebahagian pusat eksperimental tanaman pertanian jenis premium China (Guangxi) - ASEAN di lima negara ASEAN termasuk Laos, Vietnam, Kemboja, Indonesia dan Myanmar, dilaporkan kondusif bagi perusahaan dari Guangxi menjalankan demonstrasi tanaman padi, jagung, sayur-sayuran dan lain-lain, meletakkan batu asas yang baik untuk mempromosikan benih di negara-negara ASEAN, sekali gus mengharumkan nama produk dan meningkatkan syernya dalam pasaran tempatan.
Untuk rekod, Persidangan China (Guangxi)-ASEAN mengenai Sayur-sayuran Species Baharu merupakan pameran sayur-sayuran dan jagung segar yang terbesar di kawasan bahagian barat daya China berhubung skalanya, produk yang dipamerkannya, keberkesanan tanaman dan penglibatan khalayak ramai.Temasya yang sudah diadakan sebanyak 7 edisi itu sejak tahun 2017 di bandar Nanning wilayah Guangxi telah menyaksikan berlangsungnya pertunjukan tentang 7,734 sayur-sayuran spesies baharu.