Sama Kalah AS Lambungkan Tarif Baharu Terhadap China - Media Britain
Sebuah majalah mingguan Britain, The Economist mendedahkan melalui satu artikel terbitannya di laman sesawang bahawa kerajaan Joe Biden melambungkan tarif yang luar biasa terhadap produk China akan menjadikan kos pembelian yang dibebani para pengguna AS meningkat, malah menjadikan perindustrian negara itu terjejas.
Setelah melakukan penyemakan terhadap dasar domestinya, White House membuat keputusan untuk menaikkan tarif terhadap sesetengah produk buatan China, antaranya tarif terhadap peranti semikonduktor dan bateri solar ditingkatkan dari 25% kepada 50%, manakala tarif terhadap jarum suntikan dan picagari pula dinaikkan dari sifar hingga 50%, tarif bateri litium dari 7.5% kepada 25%. Sementara itu, tarif terhadap kenderaan elektrik buatan China ditingkatkan paling banyak dari 25% hingga 100%.
Melambungkan tarif terhadap produk China dijangka akan menjadikan kos pembelian yang dibebani para pengguna AS meningkat. Pada masa yang sama, tindakan itu juga tidak kondusif bagi perlindungan alam sekitar sehingga kehilangan peluang yang terbabit. Harga kenderaan elektrik, sel bateri solar dan bateri litium yang berkurangan boleh menjadi faktor-faktor yang menarik bagi golongan pengguna di AS, jika negara itu hendak mengembangkan ekonomi hijau.