Prinsip Satu China Berdiri Gah
Lai Ching-te yang memanggil dirinya 'pekerja pragmatik bagi kemerdekaan Taiwan' mengangkat sumpah sebagai pemimpin wilayah itu pada Isnin.
Dalam ucapannya pada upacara angkat sumpah, Lai mengheboh-hebohkan teori 'ancaman ketenteraan' Tanah Besar dengan niat mengejar 'kemerdekaan Taiwan' menerusi sokongan kuasa asing serta pendekatan kekerasan.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken mengucapkan tahniah kepada Lai, selain kehadiran wakil AS dalam upacara angkat sumpah berkenaan.
Inilah satu lagi sandiwara dilakonkan AS dan Taiwan yang bersekongkol. Bagaimanapun, tak kira betapa sungguhnya mereka membuat lakonan, ia mustahil menggoyahkan landskap antarabangsa menjunjung prinsip satu China.
Taiwan sebahagian wilayah China. Baik pilihan raya kecil mahupun peralihan pentadbiran tempatan, semuanya merupakan urusan dalaman China.
Siri kenyataan dan perbuatan AS melanggar secara serius prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.
Ia bertentangan dengan komitmen politik dibuat AS iaitu hanya mengekalkan hubungan budaya, komersial dan hubungan tidak rasmi lain dengan Taiwan, dan juga memberi isyarat salah kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.
Jelas dilihat bahawa provokasi melalui persekongkolan AS dan Taiwan adalah ancaman sebenar kepada keamanan dan kestabilan Selat Taiwan.
Isu Taiwan merupakan teras kepada kepentingan teras China dan asas kepada asas politik hubungan China-AS, serta garis merah pertama yang tidak boleh dilangkaui dalam hubungan dua negara.
Semasa pertemuan ketua negara di San Francisco pada November tahun lepas, pemimpin AS berjanji tidak menyokong cubaan 'kemerdekaan Taiwan'.
Pemimpin AS mengulangi komitmen berpegang kepada dasar satu China semasa menghubungi pemimpin China menerusi panggilan telefon pada April.
Namun, negara itu cakap tak serupa bikin dan bermuka dua dalam isu berkenaan.
Dari perspektif persekitaran antarabangsa, terdapat sepuluh negara memutuskan 'hubungan diplomatik' dengan Taiwan dalam tempoh lapan tahun lalu.
Meskipun ada sokongan AS, tetapi ruang untuk pihak berkuasa Taiwan melakukan kegiatan luar semakin mengecil.
Fakta asas bahawa hanya terdapat satu China di dunia dan Taiwan sebahagian wilayah China tidak dapat diubah, tak kira betapa AS dan Taiwan bersubahat.
Jalinan ikatan diplomatik antara China dengan 183 negara turut membuktikan bahawa prinsip satu China adalah selaras dengan aspirasi semua rakyat serta trend sezaman.