'Ucapan 20 Mei' Dibidas Penuh Bahaya
Ucapan pemimpin Taiwan pada 20 Mei penuh dengan permusuhan, provokasi, pembohongan dan penipuan.
Demikian kata jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara, Chen Binhua dalam sidang media di Beijing pada Selasa.
Beliau menyifatkan ucapan berkenaan sebagai 'pengakuan kemerdekaan Taiwan' yang menunjukkan pendirian lebih radikal dan penuh bahaya, dengan kemahuan 'mengantarabangsakan isu Taiwan' menerusi sokongan kuasa luar.
Dibuktikan bahawa pemimpin Taiwan adalah pengkhianat pendapat umum di pulau Taiwan, dan juga perosak keamanan dan kestabilan Selat Taiwan serta serantau.
Chen menegaskan, tak kira apa yang dikatakan pemimpin Taiwan, status Taiwan sebagai sebahagian wilayah China tidak dapat diubah, begitu juga landskap asas dan hala tuju pembangunan hubungan rentas selat.
Ia juga takkan mengubah aspirasi bersama saudara setanah air yang mahukan hubungan lebih rapat dan mesra, ataupun menghalang trend ke arah penyatuan semula China.