Utusan Khas Xi Hadir Upacara Perkabungan Presiden Raisi

2024-05-23 12:14:36  CRI
Share with:

Selaku utusan khas Presiden China Xi Jinping, Naib Perdana Menteri Zhang Guoqing menghadiri upacara perkabungan mendiang Presiden Iran Ebrahim Raisi di Teheran pada Rabu, dan bertemu Pemangku Presiden Mohammad Mokhber.


Zhang dalam pertemuan itu berkata, mendiang Presiden Raisi telah membuat sumbangan penting untuk memelihara keselamatan dan kestabilan serta mendorong pembangunan dan kemakmuran Iran, di samping giat berusaha memantapkan perkongsian strategik komprehensif China-Iran. 


Pemergian mendiang adalah satu kerugian besar buat rakyat Iran, dan juga menjadikan rakyat China kehilangan seorang sahabat baik.


Zhang menyatakan kerajaan dan rakyat China amat menghargai persahabatan tradisional dengan Iran dan teguh menyokong kerajaan dan rakyat Iran untuk mengekalkan kebebasan, kestabilan dan pembangunan. 


China bersedia bersinergi dengan Iran untuk terus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.


Mokhber merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran Zhang pada upacara perkabungan tersebut.


Kata beliau, Iran akan terus mengembangkan hubungan dengan China dan bersedia memperkasa kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.