Abbas Hargai Keputusan Tiga Negara Iktiraf Palestin
2024-05-23 14:55:15 CRI
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menzahirkan penghargaan atas keputusan Ireland, Norway dan Sepanyol mengiktiraf negara Palestin.
Beliau menerusi satu kenyataan berkata keputusan berkenaan akan menyelamat 'penyelesaian dua negara' yang terjejas akibat operasi ketenteraan Israel di Gaza, dan juga merupakan sokongan terhadap hak sah rakyat Palestin.
Menurut Abbas, ia membuktikan lagi bahawa rakyat Palestin berhak untuk menjalani kehidupan yang bebas dan adil.