China Bersedia Kekalkan Komunikasi Strategik dengan Vietnam

2024-05-23 11:07:50  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan Presiden Vietnam untuk mengekalkan komunikasi strategik bagi menerajui pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.


Demikian kata Xi dalam perutusan tahniah kepada To Lam atas terpilihnya sebagai Presiden Vietnam baharu pada Rabu.


Xi menegaskan bahawa China dan Vietnam, dua negara sosialis yang berjiran yang mempunyai ikatan persahabatan.


Xi berkata, dalam rangka lawatannya ke Vietnam pada tahun lepas, beliau dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong bersama-sama mengumumkan keputusan tentang pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Vietnam yang membawa makna strategik, yang dilihat sebagai satu lembaran baharu dalam hubungan bilateral antara Parti dan negara.


Xi berbesar hati melihat kemajuan proaktif berturut-turut dicapai dalam pembinaan berkongsi nasib China-Vietnam, hasil usaha gigih dari pelbagai agensi dan jabatan kedua-dua negara termasuk yang di peringkat daerah.