AS Tidak Sepatutnya Tutup Pintu terhadap Import BEV Keluaran China

2024-05-23 16:08:54  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) tidak sepatutnya menutup pintu terhadap import kenderaan elektrik bateri (BEV) keluaran China. 


Demikian ditunjukkan dalam sebuah karangan terbitan akhbar The New York Times baru-baru ini.


Sebelum ini, Presiden AS, Joe Biden telah mengumumkan keputusan tentang peningkatan tarif terhadap produk yang diimport dari China, termasuk tarif tambahan sebanyak 25 peratus terhadap produk keluli dan aluminum, 50 peratus terhadap semikonduktor dan sel solar, serta 100 peratus terhadap BEV.


Menurut karangan itu, pentadbiran Biden yang mengeluarkan siri langkah tersebut beralasan melindungi pengilang AS daripada persaingan dengan produk buatan China yang dijual pada harga lebih rendah di sebahagian negeri yang 'duduk di atas pagar dalam pilihan raya' termasuk Michigan, Wisconsin dan Pennsylvania. Terdapat modal kerajaan dalam bilangan besar yang akan diperuntukkan kepada sektor pembuatan BEV dan sel solar di dalam negara AS, yang diharapkan dapat membantu meningkatkan kemampuan dalam bersaing dengan produk keluaran China yang berharga murah. 


Bagaimanapun, kerajaan AS yang mengenakan tarif tambahan terhadap BEV buatan China hanya akan sia-sia sahaja, kerana ini sama dengan secara tidak langsung memberikan duit kepada beberapa konglomerat automobil seperti General Motors Company dan Ford.


Kelas menengah di AS sebenarnya berpeluang mengguna pakai BEV, namun peluang itu sudah menjadi semakin tipis memandangkan BEV sudah direka-reka menjadi produk "mewah" di dalam negeri akibat tarif tambahan. 


Golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah di AS mampu menanggung BEV yang kosnya rendah seperti BYD Seagull yang dijual kurang dari USD10,000 (RM47,000), yang masih belum berada di pasaran AS ekoran tarif tambahan sebanyak 25 peratus ke atas sebelum ini, jangankan 100 peratus pada masa sekarang.


Dengan adanya amalan perlindungan perdagangan melalui tarif tambahan seumpama itu, pengilang AS akan beransur-ansur kehilangan momentum untuk melabur dalam sektor teknologi terkini. Pada pihak lain, pengilang China akan terus bergotong-royong memacu penjualan BEV di seberang luat, sedangkan peluang bagi pengilang AS mengeksport produk mereka semakin mengecil.