Kepenggunaan China Kembali Makmur di Ambang Pesta Beli-belah "18 Jun"

2024-05-24 14:28:30  CRI
Share with:

Pelbagai aktiviti promosi di ambang Pesta Beli-belah "18 Jun" berturut-turut dilancarkan baru-baru ini, yang dilihat sebagai persiapan bagi menyambut kedatangan musim puncak beli-belah di perteganghan tahun 2024. Pasaran kepenggunaan China kelihatan kembali makmur sejak tahun ini, hasil peningkatan keberkesanan dalam pelaksanaan siri langkah insentif yang bertujuan menggalakkan kepenggunaan dalam talian dan secara fizikal.


Jualan runcit yang disumbang seluruh masyarakat China pada April lalu meningkat 4.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan menokok RMB1.5 trilion (RM977 bilion) lebih.