Topeng 'Demokrasi' Mustahil Tutup Tipu Daya

2024-05-25 15:52:51  CRI
Share with:

Pemimpin Taiwan Lai Ching-te menerusi ucapan sempena majlis angkat sumpah pada 20 Mei menguar-uarkan bahawa Taiwan menjadi 'MVP di dunia demokrasi' dan 'kunci dalam sistem demokrasi global'.

 

Atas nama 'demokrasi', Lai mahu mendapatkan lebih banyak sokongan dan bantuan luar dengan memenuhi kehendak politikus Barat yang berniat mengekang China.

 

Walau bagaimanapun, tak kira betapa 'elok' kata-kata dilontarkan Lai, ia tidak dapat menutup sifat munafiknya yang menginginkan 'kemerdekaan Taiwan', apatah lagi mengubah fakta kukuh bahawa Taiwan adalah milik China.

 

Segelintir kuasa Barat yang bertopengkan 'demokrasi' tidak boleh mewakili masyarakat antarabangsa ataupun mengubah order dan aturan antarabangsa.

 

Mereka yang memberi sokongan kepada pihak berkuasa Parti Progresif Demokratik (DPP), berpura-pura saja mengambil berat terhadap kehendak Lai.

Dari perspektif undang-undang, siri dokumen seperti Deklarasi Kaherah dan Perisytiharan Potsdam telah pun memperjelas hak kedaulatan China ke atas Taiwan.

 

Biarpun penyatuan semula China masih belum diwujudkan ekoran campur tangan dan sabotaj luar, namun fakta bahawa Tanah Besar dan Taiwan adalah milik satu negara China tidak pernah berubah, begitu juga kedaulatan negara dan keutuhan wilayah yang tidak pernah berpecah dan juga tidak boleh dibahagikan.

 

Tak kira betapa Lai bersekongkol dengan kuasa asing, status dan fakta bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah China mustahil diubah, dan arus sejarah ke arah penyatuan semula tanah air tidak boleh dihalang.

 

Cubaan 'kemerdekaan Taiwan' pasti menemui jalan buntu. Buruk padahan menanti mereka yang berniat memecahbelahkan negara dan menjual kepentingan negara.

 

Masyarakat antarabangsa mustahil diperdaya oleh tipu muslihat mereka yang mengejar 'kemerdekaan Taiwan' dengan bertopengkan 'demokrasi'.