Xi Mahu Shandong Pergiat Pembaharuan, Pacu Modenisasi
Presiden Xi Jinping menekankan perlunya Shandong melaksanakan sepenuhnya konsep pembangunan baharu dan memperincikan pembaharuan secara menyeluruh bagi menyumbang kepada modenisasi ala China.
Semasa membuat tinjauan di Shandong, Xi berkata provinsi itu perlu menjadi pelopor dalam mengintegrasikan diri dengan paradigma pembangunan baharu, memperkukuh inovasi pembangunan sosioekonomi, serta menggalakkan perlindungan ekologi dan pembangunan berkualiti di lembangan Sungai Kuning.
Beliau juga mahu Shandong mempercepat pembinaan zon rintis pembangunan berkualiti tinggi yang hijau dan rendah karbon, sekali gus mengetengahkan diri sebagai hab keterbukaan bertaraf tinggi.
Xi turun padang melakukan tinjauan di bandar Rizhao, Jinan dan tempat lain di provinsi itu bermula 22 hingga 24 Mei.