Guterres Alu-alukan Barang Kemanusiaan Diangkut ke Gaza

2024-05-27 13:54:09  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengalu-alukan barang bantuan kemanusiaan yang diangkut melalui pintu sempadan Kerem Shalom pada Ahad.


Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi jurucakapnya, Guterres berkata, sejak 6 Mei, lebih 800,000 orang pelarian kehilangan kediaman di Rafah akibat tindakan permusuhan dan pelaksanaan perintah pemindahan. Hendaklah melindungi rakyat jelata dan memastikan keperluan asas mereka dalam hidup harian terjamin, termasuk mendapat makanan, tapak kediaman dan air minuman bersih.


Dalam kenyataan terbabit, Guterres sekali lagi menyeru gencatan senjata diwujudkan segera, dan semua tebusan dibebaskan tanpa syarat. Beliau berasa kecewa terhadap kegagalan dalam pelaksanaan perintah Mahkamah Antarabangsa mengenai situasi di Genting Gaza, dan mengingati pihak-pihak terbabit bahawa mereka relevan dengan keputusan mahkamah itu.