Tampuk Kuasa PKC Sasarkan Pembangunan Bahagian Tengah China dan De-risiko Kewangan

2024-05-28 11:54:32  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan satu mesyuarat pada Isnin untuk membahas "Langkah-Langkah Mempercepat Pembangunan Kawasan Bahagian Tengah pada Era Baharu" dan "Peraturan Kebertanggungjawaban De-risiko Kewangan".


Dimaklumkan, mendorong pembangunan kawasan bahagian tengah merupakan satu gerak kerja yang strategik yang diarahkan Jawatankuasa Pusat PKC yang diterajui Xi Jinping. Hendaklah memberi keinsafan kepada garis panduan yang dibuat tampuk kuasa itu, dan melaksanakan pelbagai tugasan secara substantif dalam melengkapkan matlamat pembangunan kawasan bahagian tengah sebagai pangkalan pengeluar bijirin yang utama di peringkat kebangsaan, pangkalan bahan mentah sumber tenaga, pangkalan pengeluar peralatan moden dan industri berteknologi tinggi serta hab pengangkutan bersepadu supaya dapat melakar kecemerlangan yang baharu.


Sementara itu, penyusunan semula terhadap Peraturan Kebertanggungjawaban De-risiko Kewangan bertujuan untuk meningkatkan kawalan Parti dalam tadbir urus sektor kewangan, memastikan kelancaran dan kelangsungan dalam pelaksanaan arahan jawatankuasa pusat PKC di pelbagai peringkat terjamin, memperincikan pelaksanaan sistem akauntabiliti di jabatan pengurusan, institusi kewangan, jabatan perindustrian dan pihak berkuasa tempatan, dan melaksanakan kawal selia dan de-risiko dalam sektor kewangan secara efisien dan menyeluruh demi mewujudkan pembangunan yang berkualiti.