WHO Tolak Lagi Cadangan tentang Penglibatan Taiwan sebagai Pemerhati

2024-05-28 14:47:39  CRI
Share with:


Persidangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-77 yang membuka tirai di Geneva semalam waktu tempatan, menolak satu cadangan yang dikemukakan sesetengah negara berhubung "mengundang Taiwan menyertai persidangan WHO sebagai pemerhati".


Wakil tetap China di pejabat PBB di Geneva dan pejabat pertubuhan-pertubuhan antarabangsa di Switzerland, Chen Xu menyatakan bahawa pendirian China adalah konsisten dan tegas dalam isu penglibatan kawasan Taiwan China di WHO, iaitu perlu berdasarkan prinsip Satu China, yang termaktub dalam resolusi No.2758 Perhimpunan Agung PBB dan resolusi No. 25.1 Persidangan WHO.

Pihak berkuasa Parti Kemajuan Demokratik (DPP) di Taiwan yang berdegil memegang pendirian memisahkan pulau itu dari wilayah China, sejak sekian lama menggerakkan "kemerdekaan Taiwan" sehingga mengakibatkan asas politik bagi kawasan Taiwan menyertai persidangan WHO tidak wujud lagi.


Chen berkata, kelancaran dan kelangsungan bagi Taiwan menyertai hal ehwal kesihatan global adalah terjamin berkat usaha kerajaan pusat China yang sentiasa peka akan kesihatan penduduk Taiwan, misalnya Taiwan boleh mendapat maklumat terkini WHO melalui pejabat "Peraturan Kesihatan Antarabangsa" di pulau itu, dan pakar kesihatan dan perubatan Taiwan berpeluang menyertai aktiviti akademik WHO secara perseorangan. Wujudnya landskap ini adalah berdasarkan prinsip Satu China. 


Chen menekankan bahawa WHO pernah berkali-kali menolak cadangan seumpama itu untuk beberapa tahun berturut-turut. 


Kebanyakan negara dalam masyarakat antarabangsa baru-baru ini telah menegaskan pendirian konsisten mereka tentang menyokong resolusi No.2758 PBB serta prinsip Satu China dan menentang Taiwan menyertai persidangan WHO.