Kerjasama China-Jepun-Korea Selatan Naiktaraf

2024-05-28 16:00:42  CRI
Share with:

Sidang Kemuncak China-Jepun-Republik Korea(ROK) ke-9 diadakan di Seoul pada Isnin. Ketiga-tiga pihak mengeluarkan pengumuman bersama yang bersepakat akan komited melaksanakan “pandangan sedekad akan datang bagi kerjasama China-Jepun-ROK” yang diluluskan dalam sidang kemuncak yang lalu, mendorong mekanisme kerjasama ketiga-tiga negara dibentukkan dan bersama-sama memelihara kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran dunia.

  

Perdana Menteri China, Li Qiang dalam sidang itu mengeluarkan tiga cadangan untuk mempercepat kerjasama ketiga-tiga negara ini, antaranya termasuk mendorong kerjasama dijalankan semula dengan menyeluruh, memperkasakan kesalinghubungan ekonomi dan perdagangan, memacu kerjasama inovasi sains dan teknologi, mengeratkan pertukaran sosiobudaya dan menggerakkan pembangunan inklusif. Cadangan ini telah mendapat sahutan positif daripada pemimpin Jepun dan ROK. Mereka menyatakan harapan agar sidang ini dilihat sebagai titik tolak baharu bagi ketiga-tiga negara mengekalkan kerjasama yang stabil dan konsisten.

Yang perlu diteliti bahawa dalam sidang tersebut ketiga-tiga negara telah menyatakan akan menyambung semula rundingan mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas antara ketiga-tiga negara (FTA), terus memperluas kerjasama ekonomi dan perdagangan terutamanya kerjasama rantaian industri dan rantaian pembekalan. Banyak media Jepun dan ROK menganggap ini bukan sahaja amat penting bagi pembangunan ekonomi ketiga-tiga negara dan juga akan merangsang pemulihan ekonomi serantau dan sejagat. Selain itu, China mencadangkan untuk membina “pusat kerjasama inovasi China-Jepun-ROK” di China, ini akan kondusif kepada ketiga-tiga negara mempercepat usaha memupuk momentum baharu untuk pembangunan ekonomi masing-masing serta kerjasama yang seterusnya.


Dalam sidang kali ini, China, Jepun dan ROK menetapkan tahun ini sebagai tahun pertukaran budaya China, Jepun dan ROK, yang akan meletakkan dasar hasrat rakyat yang lebih kukuh bagi kerjasama ketiga-tiga negara. Setiausaha Sekritariat Kerjasama China-Jepun-ROK, Lee Hee-sup menganggap bahawa siri langkah kerjasama tersebut memenuhi hasrat rakyat negara masing-masing yang amat berpotensi.


Ada penganalisis berpendapat bahawa kerjasama antara ketiga-tiga negara ini sama ada mencapai kemajuan yang sebenar atau tidak bergantung kepada usaha bersama ketiga-tiga pihka, terutamanya Jepun dan ROK perlu mengelakkan diri daripada gangguan dan kejejasan kekuatan luar.