China Sokong WHO Terajui Rundingan "Perjanjian Pandemik"

2024-05-30 15:28:27  CRI
Share with:

China berharap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terus menerajui rundingan dan mesyuarat "Perjanjian Pandemik".


Demikian dinyatakan Ketua Pengarah Bahagian Pegurusan Hal-ehwal Kecemasan Jabatan Pentadbiran Pencegahan dan Kawalan Penyakit Kebangsaan China, Hu Guang semasa berlangsungnya Persidangan Kesihatan Sedunia Ke-77 di Geneva pada Isnin.


Menurut Hu Guang, "Perjanjian Pendemik" merupakan satu komponen yang penting bagi pembaharuan terhadap tadbir urus global dalam sektor kesihatan awam. China yang selama ini berinisiatif melibatkan diri dalam mesyuarat dan mendorong penggubalan perjanjian itu, berikrar membela amalan multilateralisme, menjunjung konsep berintegriti di persada global, menghormati kedaulatan setiap negara, dan menyokong WHO memainkan peranan utama dalam menangani masalah keadilan dalam sesuatu pandemik.