Apa yang Disebut "Hak Asasi Manusia ala AS" Hanya Hak Istimewa dan Hegenomi Sahaja

2024-05-30 15:45:46  CRI
Share with:

Pihak berkuasa China mengeluarkan Laporan mengenai Pencabulan Hak Asasi Manusia di Amerika Syarikat (AS) 2023, yang berdasarkan fakta yang menyakinkan mendedahkan keadaan hak asasi manusia di AS yang semakin memburuk.

Keganasan senjata api diambil sebagai contoh. Menurut statistik dari portal Arkib Keganasan Senjata Api, sekurang-kurangnya 654 kes tembakan besar-besaran berlaku di AS pada tahun 2023. Kira-kira 43,000 orang telah diragut nyawa akibat keganasan senjata api, dengan purata 117 kematian setiap hari. Laporan itu menyatakan bahawa politikus AS yang hanya asyik mengaut keuntungan dan laba politik, susah mencapai persepakatan untuk mengawal perebakan senjata api sehingga menjadikan keselamatan nyawa penduduk awam sebagai yang terkorban akhirnya.

Serentak itu, berbanding dengan sebilangan kecil elit yang mendominasi sektor politik, ekonomi dan sosial, majoriti rakyat di AS semakin terpinggir, terbukti dengan hak asasi dan kebebasan mereka berada dalam keadaan terabai. "Hak asasi manusia ala AS" sudah berubah menjadi "hak istimewa ala AS",  dan isu diskriminasi kaum sudah merupakan yang paling menonjol.

Polarisasi antara golongan kaya dan miskin di AS telah meningkat. Jurang perbezaan dalam pengagihan sumber buruh dan modal dalam jangka masa yang panjang telah menyebabkan jurang perbezaan antara golongan kaya dan miskin mencapai paras yang paling tinggi sejak The Great Depression of 1929. Data berkenaan menunjukkan bahawa pada suku ketiga 2023, 10% penduduk berpendapatan tertinggi di AS memiliki 66.6% keseluruhan kekayaan di negara itu, sedangkan 50% penduduk berpendapatan terendah hanya memiliki 2.6% keseluruhan kekayaan.

Selain itu, AS sejak sekian lama mengamalkan hegemonisme di arena antarabangsa, misalnya berturut-turut menghantarkan senjata ke Ukraine, membekalkan banyak bantuan ketenteraan kepada Israel, dan mengambil sekatan sepihak terhadap Cuba, Iran dan Syria dengan sewenang-wenangnya. Ternyata kerajaan AS sudah biasa berdalih "hak asasi manusia" mencampuri urusan dalaman negara lain dan mengamalkan "hegemoni ala AS" sehingga mengakibatkan tercetusnya krisis kemanusiaan yang serius dan menjadikan usaha perlindungan hak asasi manusia terjejas dalam senario global.  

Apa yang disebut "Hak asasi manusia ala AS" sudah merupakan hak istimewa yang hanya boleh dinikmati sebilangan kecil elit di negaranya dan amalan hegenomi yang dijalankannya terhadap negara lain. Sememangnya satu ironi bagi segelintir politikus di AS apabila mereka menguar-uarkan "hak asasi manusia". Apa yang dipanggil "hakim hak asasi manusia" itu paling wajar dibawa ke muka pengadilan.