Presiden China, Tunisia Adakan Rundingan
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Tunisia, Kais Saied mengadakan rundingan di Dewan Besar Rakyat di Beijing pagi tadi.
Xi berkata, sejak menjalinkan hubungan diplomatik pada 60 yang lalu, China dan Tunisia sentiasa saling menghormati, memberi layanan secara saksama dan menyokong antara satu sama lain di sebalik situasi antarabangsa yang penuh dengan pergolakan. Pada era baharu ini, China bersedia berusaha bersama dengan Tunisia, terus menyuburkan persahabatan tradisional, memperkasakan pertukaran dan kerjasama yang melibatkan pelbagai bidang dan mendorong hubungan dua hala berkembang ke satu tahap baharu.
"Hari ini kami mengumumkan untuk menjalinkan Perkongsian Strategik China-Tunisia, yang dipercayai akan membantu memupuk masa depan yang lebih cerah dalam hubungan dua hala," kata Xi.
Dalam pada itu, Saied pula berkata, Tunisia konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China dan menyokong usaha China untuk mewujudkan penyatuan tanah air dan memelihara kepentingan teras milik negaranya. Tunisia bersedia bersama dengan China mengamalkan nilai-nilai universal, meningkatkan perpaduan dan koordinasi, menentang amalan hegemoni dan konfrontasi antara kem dan membangunkan dunia ke arah yang lebih saksama dan indah.
Selepas rundingan itu, kedua-dua pemimpin menyaksikan bersama penandatanganan sebahagian dokumen kerjasama dua hala termasuk pembangunan hijau serta karbon rendah dan pelaburan.