Tahniah kepada China atas Kejayaan Lancarkan Satelit - PM Pakistan

2024-05-31 13:45:16  CRI
Share with:

Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shahbaz Sharif semalam mengucapkan tahniah kepada China atas kejayaannya melancarkan satu satelit telekomunikasi Pakistan untuk tujuan pelbagai tugasan.


Menurut Muhammad Shahbaz Sharif, pelancaran satelit di Xichang China itu mempamerkan kerjasama dan perkongsian yang padu antara kedua-dua negara, dan juga menandakan kemajuan signifikan yang dilakar Pakistan dalam sektor angkasa lepas dan telekomunikasi. 


Beliau menambah, satelit yang dilancarkan kali ini dilengkapi teknologi telekomunikasi canggih, dan dijangka boleh menambah baik landskap pendigitalan di negaranya dewasa ini, menyediakan perkhidmatan internet yang cepat, menambah baik hidup rakyat, serta merancakkan e-dagang, urusan pentadbiran dalam talian dan pembangunan ekonomi. 


"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua khususnya ahli sains yang terlibat dalam misi pelancaran kali ini," kata PM Pakistan.


Untuk rekod, China berjaya melancarkan satu satelit telekomunikasi Pakistan untuk tujuan pelbagai tugasan dengan menggunakan roket pembawa Long March 3B pada 8.12 malam Khamis.