Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab Akan Dipercepatkan

2024-05-31 13:29:23  CRI
Share with:

China akan menganjurkan Sidang Kemuncak China-Negara-negara Arab edisi kedua pada tahun 2026 dan ia dipercayai akan menjadi  satu batu tanda baharu dalam sejarah hubungan China-Arab, kata Presiden China Xi Jinping semasa menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab (CASCF) pada Khamis.

Keputusan China ini dianggap sebagai pencapaian teras dalam mesyuarat kali ini.


Sebelum ini, pihak Arab telah menyaksikan keikhlasan China untuk membantu mewujudkan keamanan dan pembangunan di rantau Asia Barat berikutan tercapainya permuafakatan antara Arab Saudi dengan Iran pada tahun lepas serta rundingan dalaman Palestin antara Hamas dengan Fatah di Beijing.


Akhbar The Arab Weekly memberi ulasan berkata, kehadiran ketua negara dari empat negara Arab dalam mesyuarat kali ini mencerminkan penerajuan pemimpin negara dalam kerjasama China-Arab, dan juga menunjukkan aspirasi dan keazaman yang tegas dari kedua-dua pihak untuk bekerjasama melonjakkan hubungan bilateral ke satu tahap yang baharu.


Cadangan Presiden Xi berhubung China dan negara-negara Arab harus menjadi "penanda aras bagi pemeliharaan keamanan dan kestabilan dunia", "model untuk pembinaan bersama ‘Inisiatif Jalur dan Laluan’", "teladan bagi simbiosis antara tamadun yang berbeza dalam suasana harmoni", dan "contoh dalam merintis jalan yang betul untuk tadbir urus global" dianggap selaras dengan realiti dalam mengembangkan kerjasama China-Arab, dan juga dilihat sebagai hala tuju bagi pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-Arab.

Pada mesyuarat edisi ini, China komited bekerjasama dengan pihak Arab untuk mewujudkan lima paradigma kerjasama yang melibatkan pembangunan pacuan inovasi yang lebih dinamik, pelaburan kewangan yang berskala lebih besar, kerjasama sumber tenaga yang lebih pelbagai, hubungan ekonomi dan perdagangan yang lebih seimbang, dan pertukaran keanggotaan yang dimensinya lebih pelbagai berdasarkan “lapan inisiatif kerjasama utama" supaya dapat menggalakkan pertukaran dari segi teknologi, modal, produk dan keanggotaan demi kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak.


Antaranya, kerjasama antara China dan negara-negara Arab dalam bidang inovasi dan kewangan agak menonjol. Cadangan China untuk "menggalakkan perkembangan konsortium perbankan China-Arab", "mengalu-alukan negara-negara Arab mengedarkan 'Bon Panda' di China", dan "mengalu-alukan institusi perbankan pihak Arab mengakses ke sistem pembayaran dan penjelasan rentas sempadan RMB" , memperlihatkan kedua-dua pihak mempunyai prospek yang semakin cerah dalam pelaburan dan kerjasama kewangan.

Sementara itu, "Kenyataan Bersama China dan Negara-negara Arab mengenai Isu Palestin" yang dikeluarkan pada mesyuarat ini menyampaikan mesej yang jelas kepada dunia, iaitu peperangan tidak boleh diteruskan untuk selama-lamanya, keadilan tidak boleh diabaikan, dan "Penyelesaian Dua Negara" tidak boleh digoyahkan dengan sewenang-wenangnya.


China dan negara-negara Arab dipercayai akan menjadikan mesyuarat edisi ini sebagai satu titik permulaan yang baharu, dan bertindak pantas menyuntik lebih banyak kestabilan dan kepastian ke dalam dunia yang penuh dengan perubahan dan pergolakan.