Menteri Luar China, Malaysia Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik

2024-06-01 15:43:44  CRI
Share with:

Menteri Luar China, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan masing-masing mengucap tahniah sempena merayakan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia pada Jumaat.


Wang Yi menyatakan bahawa China dan Malaysia merupakan negara jiran yang mempunyai persahabatan tradisional. Dalam setengah abad lalu sejak terjalinnya hubungan diplomatik, China dan Malaysia kekal rakan baik dan ikhlas yang saling mempercayai, serta sahabat akrab yang sehati sejiwa dan bantu membantu di sebalik perubahan situasi antarabangsa. Kedua-dua pihak berganding bahu memacu pembangunan bersama, dan mengekalkan penyelarasan dan koordinasi yang baik dalam menangani urusan antarabangsa dan serantau, sehingga dapat memainkan peranan sebagai teladan dan peneraju di rantau ini.


Wang berkata, beliau bersedia bersama dengan Datuk Seri Mohamad Hasan melaksanakan dengan baik konsensus penting yang tercapai oleh pemimpin kedua-dua negara tentang membina komuniti berkongsi nasib China-Malaysia dan mendorong hubungan dua hala berkembang menuju ke arah yang lebih gemilang dalam tempoh lima dekad akan datang.