Ding Xuexiang Hadir Jamuan Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik China-Malaysia
Anggota Tetap Biro Politik Pusat Parti Komunis China yang juga Naib Perdana Menteri, Ding Xuexiang telah menyampaikan ucapan ketika menghadiri jamuan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia di Beijing semalam.
Ding berkata, Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencapai kata sepakat yang penting tentang pembinaan bersama komuniti berkongsi nasib China-Malaysia pada Mac tahun yang lalu. Kedua-dua pihak perlu terus menjadi saudara yang saling percaya, sahabat yang bersama-sama maju jaya, jiran yang ramah mesra dan rakan yang bekerjasama di pelbagai dimensi, dan melakar kecemerlangan yang lebih holistik dalam perkembangan hubungan bilateral untuk tempoh 50 tahun yang akan datang.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata, ulang tahun ke-50 hubungan Malaysia-China merupakan sau batu tanda yang penting dalam sejarah. Malaysia bersedia bersama dengan China mengintensifkan kerjasama, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, dan mendorong persahabatan Malaysia-China kekal abadi.