Apa yang Terdedah dalam Intervensi AS Berdalih "Kebebasan Pelayaran" di LCS

2024-06-02 16:44:27  CRI
Share with:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, Amerika Syarikat (AS) sudah biasa beralasan "kebebasan pelayaran" menunjuk-nunjuk otot dan mengadakan latihan tentera serta rondaan bersama di merata tempat. Bermula tahun lepas, Filipina berkali-kali menyerbu secara melulu ke perairan China di sekitar Terumbu Ren'ai dan pulau Huangyan, sedangkan AS, Jepun dan Filipina mengadakan sidang tiga pihak untuk kali pertama yang menyasarkan China melalui isu Laut China Selatan (LCS). 


Sebagai pendalang di bekalang hal-hal tersebut, AS tetap menggunakan alasan "kebebasan pelayaran". 


Namun, "kebebasan pelayaran" yang disebut oleh AS sama sekali berlainan dengan apa yang termaktub dalam Konvensyen Undang-Undang Laut PBB (UNCLOS) yang bertujuan untuk secara adil memelihara hak dan kepentingan pelbagai negara dalam sektor maritim serta orde maritim sejagat. Tujuan AS sebenarnya adalah untuk menjamin kepentingan ketenteraan dan diplomatik negaranya serta memelihara amalan hegemoni di laut. 


Bagi AS, "perairan di luar wilayah berdaulat adalah perairan awam". Sehubungan dengan itu, AS sengaja mencipta konsep "perairan antarabangsa". Menurutnya, kapal perang AS boleh belayar ke perairan ekonomi khas negara lain  di dalam 200 batu nautika, malah perairan dalam 12 batu nautika secara bebas.

Dalam tempoh 15 tahun dari tahun 1991 hingga 2006, Jabatan Pertahanan AS hanya pernah menyebut nama China dalam laporan kebebasan pelayaran pada tiga tahun yang berlainan, iaitu tahun 1992, 1993 dan 1994, dengan alasan "AS tidak menerima peraturan China yang meminta laporan sebelum masuk ke perairan wilayahnya". Namun, bermula tahun 2007, AS sudah meningkatkan kekerapan dalam menyebut nama China sebagai sasaran dalam pelaksanaan "kebebasan pelayaran" anjuran negaranya.


Pentadbiran Obama mengeluaran strategi "kembali ke Asia Pasifik" dan "Keseimbangan Semula Asia Pasifik" pada tahun 2009 dan 2012, menandakan polisi AS terhadap LCS mengalami perubahan yang drastik, iaitu berubah menjadi "pihak mengintervensi" daripada "pihak meninjau", dengan tujuannya mengekang China melalui isu LCS.


AS sudah biasa dalam bertindak membuat kekacauan di LCS. "Kebebasan pelayaran" yang diuar-uarkan AS sama sekali tidak berkaitan dengan apa yang disebut "pemeliharaan keselamatan laluan pelayaran antarabangsa dan kemakmuran perdagangan laut", dan hanya alatnya untuk menjalankan strategi global dan memelihara kepentingan negaranya dalam bidang keselamatan.


Sejak kerajaan penggal baharu Filipina mengangkat sumpah pada Jun 2022, pelbagai badan media AS tidak berhenti dalam mengeboh-hebohkan situasi di LCS. Wartawan AS pernah kelihatan berkali-kali menaiki kapal pengawal pantai Filipina untuk melakukan penggambaran tentang tercetusnya pertikaian antara kapal China dengan kapal Filipina dengan tujuannya untuk memutarbelitkan langkah-langkah China yang adil dan sah sebagai "negara kuasa besar membuli negara kecil".


Pada hakikatnya, kebebasan pelayaran sentiasa adalah terjamin atas usaha bersama China dengan ASEAN. AS yang berdalih "kebebasan pelayaran" mengamalkan "hegemoni pelayaran" barulah punca sebenar yang mengakibatkan risiko keselamatan kekal wujud di laut dan ruang udara terbabit.