WHA Lulus Pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa
Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) ke-77 menutup tirai di Geneva pada Sabtu dengan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa diluluskan.
Melalui rundingan selama dua tahun, pelbagai negara berjaya meluluskan pakej pindaan tersebut bagi meningkatkan keupayaan komuniti antarabangsa dalam mencegah, memantau dan mengendalikan peristiwa kesihatan awam cemas, seperti epidemik.
Persidangan kali ini juga meluluskan pelbagai resolusi mengenai isu-isu rintangan antibiotik, perubahan iklim dan kesihatan, pencegahan dan pengawalan jangkitan, kesihatan golongan ibu mengandung, bayi baru lahir dan kanak-kanak.
Selain itu, pelan induk kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke-14 diluluskan, menjadi strategi kesihatan global organisasi itu bagi tahun 2025 hingga 2028.