Maldives Larang Kemasukan Warga Israel

2024-06-03 12:42:51  CRI
Share with:

Kerajaan Maldives memutuskan untuk melarang kemasukan warga Israel ke wilayahnya.


Keputusan itu diumumkan Menteri Keselamatan Tanah Air, Ali Ihusan dalam sidang akhbar pada Ahad.


Menurutnya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat kabinet pada hari berkenaan, dan satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mempercepat proses pemindaan undang-undang berkaitan.


Dalam pada itu, mesyuarat kabinet juga memutuskan untuk melantik utusan khas Presiden bagi hal ehwal Palestin, mengadakan aktiviti mengumpul dana, dan mengadakan perhimpunan kebangsaan, sebagai tanda menyokong Palestin.