‘Profesor Cendawan’ di Hutan Hujan
2024-06-03 10:54:28 CRI
Profesor Zeng Niankai dari Institut Sains Hayat Universiti Perguruan Hainan, memfokuskan penyelidikan tentang perlindungan dan penggunaan sumber kulat dalam tempoh lebih 20 tahun lalu. Beliau pernah mendapati dan menamakan 98 jenis kulat yang dikesan sebagai spesies baharu, hasil jelajah bersama dengan pelajarnya di pergunungan dan hutan di seluruh Hainan.
Profesor Zeng dan kumpulan penyelidik yang diketuainya juga berhasil dalam mengkaji dan mengeluarkan teknologi tanam kulat Lingzhi yang turut diterapkan rakyat tempatan dalam mengembangkan ekonomi desa.