Seminar Pembinaan Tamadun Moden Bangsa China Diadakan di Beijing
Seminar Pembinaan Tamadun Moden Bangsa China anjuran Akademi Sains Sosial China diadakan di Beijing pada Ahad.
Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Ketua Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat PKC, Li Shulei menghadiri seminar itu dan menyampaikan ucapan.
Para peserta berkata, Presiden Xi Jinping dalam simposium mengenai pewarisan dan pembangunan budaya telah mengeluarkan seruan supaya menggalas misi kebudayaan pada era baharu dan membina tamadun moden bangsa China. Seruan beliau telah menggariskan hala tuju bagi pembangunan budaya China.
Sempena sambutan ulang tahun pertama simposium itu, para peserta menganggap bahawa adalah amat bererti untuk mengkali semula kenyataan penting Xi, membelajari fikiran Xi tentang budaya, dan bersama-sama bertukar-tukar hasil penyelidikan ilmiah masing-masing.