Kes Tembakan di Pennsylvania, Dua Orang Mati

2024-06-03 14:39:17  CRI
Share with:

Kes tembakan berlaku di kawasan pinggir bandar Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) pada awal pagi Ahad, mengakibatkan dua orang maut dan tujuh lagi cedera. 


Kini, mangsa cedera telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut, antaranya seorang kritikal. 


Menurut polis tempatan, kes tembakan itu berlaku di sebuah bar dan beberapa orang melepaskan tembakan. Namun, sama ada suspek telah ditahan atau tidak masih belum didedahkan oleh polis.