China Pelihara Keamanan Dunia menerusi Tindakan Praktikal

2024-06-03 15:15:52  CRI
Share with:

China membuat sumbangan positif dalam menjaga keamanan dunia dan menyediakan lebih banyak produk keselamatan awam kepada masyarakat antarabangsa menerusi tindakan praktikal.


Demikian dinyatakan kumpulan pakar China selepas menghadiri Dialog Shangri-La ke-21 yang telah menutup tirainya di Singapura pada Ahad.


Bekas naib presiden Akademi Sains Ketenteraan (AMS) China, He Lei berkata konsep keselamatan yang dikemukakan China adalah berdasarkan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan.


"Ia menekankan komuniti keselamatan untuk seluruh umat manusia dan menjunjung konsep keselamatan bersama yang komprehensif, bersifat bekerjasama dan mampan," ujar beliau.

Prof. Madya Zhang Chi dari Universiti Pertahanan Nasional China menyatakan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan serta Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI) menjadi panduan utama bagi China dalam mengendalikan hubungan sesama negara serta isu-isu hangat berkaitan keselamatan di peringkat global.


"Kami (China) akan terus menawarkan produk keselamatan awam kepada dunia, termasuk mempraktikkan GSI secara mantap, menggerakkan perdamaian antara Arab Saudi dan Iran, dan menggalakkan penyelesaian damai krisis Ukraine serta konflik Palestin-Israel.


"Kami juga akan terus berkolaborasi dengan negara-negara Asia Pasifik dan pihak terbabit di dunia ke arah membina komuniti berkongsi nasib di rantau Asia Pasifik," kata beliau.