Kandungan Sebatian Fluorin dalam Air di Takungan Dekat Pangkalan Tentera AS Melebihi Standard

2024-06-04 15:14:46  CRI
Share with:

Kepekatan sebatian fluorin organik dalam air di takungan sekitar pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Misawa, Jepun adalah kira-kira 14 kali ganda berbanding had maksimum yang dilaksanakan di negara itu. 


Demikian diumumkan kerajaan kaunti Aomori dan bandar Misawa selepas penyiasatan terhadap kualiti air di takungan berkenaan, pada Isnin.


Keputusan tersebut hampir sama dengan hasil penyiasatan bebas yang dijalankan oleh pertubuhan kalangan rakyat pada Januari lalu.