Lautan Bukanlah Medan Perang Politik - Kementerian Luar China

2024-06-05 11:58:27  CRI
Share with:


Pelaksanaan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) perlu patuh akan misi, visi dan peraturannya. 


Lautan adalah jambatan yang menghubungkan dan menyatupadukan pelbagai negara, dan tidak seharusnya dijadikan medan perang politik antarabangsa.


Demikian ujar Pembantu Menteri Luar China, Miao Deyu ketika menyampaikan ucapan video di Simposium Antarabangsa dalam Aspek Saintifik dan Undang-undang mengenai Sistem Pentas Benua dan Wilayah, pada Rabu.


Miao menyatakan bahawa China komited bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk mempertahankan prinsip UNCLOS, mengamalkan semangat multilateralisme, menyediakan lebih banyak produk awam, supaya bersama-sama mewujudkan order laut yang damai, tenteram, kerjasama dan menang-menang.