Parlimen Slovenia Iktiraf Negara Palestin

2024-06-05 14:34:52  CRI
Share with:

Parlimen Slovenia mengumumkan untuk mengiktiraf negara Palestin, pada Selasa.


Proses penubuhan negara Palestin menghadapi halangan dalam jangka masa yang panjang, namun pada masa sama, Palestin telah diiktiraf meluas sebagai sebuah negara. 


Pada 28 Mei lalu, Norway, Sepanyol dan Ireland secara rasmi mengiktiraf negara Palestin. Sebelum itu, Barbados, Jamaica, Trinidad dan Tobago, dan Bahama pula telah pun mengiktiraf negara Palestin.