Syarikat E-niaga Rentas Sempadan Cecah 120,000 di China

2024-06-05 14:36:34  CRI
Share with:

Syarikat e-niaga rentas sempadan di China telah memecah angka 120,000, sementara jumlah perdagangan syarikat berkaitan meningkat lebih 10 kali ganda dalam tempoh lima tahun lalu.


Selain itu, lebih 30,000 tanda dagangan berjaya didaftarkan di seberang laut.


Demikian menurut maklumat Kementerian Perdagangan China.


Syarikat e-niaga rentas sempadan berkembang pesat sehingga menjadi tonggak baharu dalam perdagangan luar China, malah titik pertumbuhan baharu dalam sektor ekonomi dan perdagangan di peringkat global.